Sunday, November 1, 2009

INDAHNYA di Sebalik Wasiat Itu..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang Maha Mendengar keluhan jua rintihan HAMBA2NYA...

Episod ke-2,ku susuri gerak lgkh juangku bersama coretan pena ini..Sungguh seronok rasanya mluangkn masa utk menerokai isi tersurat jua trsirat dlm kitab kecil yg ku baca sebentar tadi "Wasiat Nabi S.A.W kepada insan yg khusus ya'ni sepupu,menantu,ketua panglima perang & khalifah baginda JUGA insan yg ditarbiah oleh baginda dari kecil lagi- Saidina Ali bin AbiTalib-.Ssghnya aku begitu gemar mgikuti sendiri sorotn khdpn Saidina Ali Bin Abi Talib bersama Fatimah Az-Zahra,puteri baginda Rasulullah yg benar-benar dikasihi.

Berbalik smula perihal WASIAT tadi ingin ku kongsikan bersama dengan menyentuh sedikit sebanyak tentangnya:

WASIAT ke-5

Wahai Ali! Sesiapa yang membaca Al-Quran padahal dia tidak menghalalkan yang halal dan tidak mengharamkan yang haram,ia termasuk di kalangan orang yang membuang kitab Allah di belakang mereka.

WASIAT ke-11

Wahai Ali! Sembahyanglah kamu di waktu malam walaupun sekadar memerah susu kambing,kerana orang yang sembahyang malam itu wajahnya adalah sebaik-baik wajah di kalangan manusia.

WASIAT ke-30
Wahai Ali! Bekerjalah dengan tulus ikhlas semata-mata kerana Allah.Sesungguhnya Allah tidak menerima melainkan daripada orang yang lurus hati kepadaNya.Firman Allah yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia beramal dengan amalan soleh dan tidak mensyirikkan dalam ibadah terhadap Tuhannya oleh seseorang pun"

WASIAT ke-41

Wahai Ali! Apabila berlalu ke atas seorang mukmin empat puluh pagi sedangkan dia tidak duduk bersama-sama ulama',nescaya keraslah dan dia berani untuk melakukan dosa besar kerana sesungguhnya ilmu itu menghidupkan hati.

Alhamdulillah,setelah usai sahabat2 membacanya(ya mungkin hbs bacaannya@ sblknya barangkali(^^),kita renung sejenak,muhasabah kembali;HINA atau sebaliknya kita di sisi ILLAHI,di mana selama ini kita letakkan hakikat muslim yang sebenarnya pada diri???

-Aku mengharapkan pertemuan yang bahagia denganMU ya RABBI-
 

"Cahaya di Bawah Cahaya" Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa