Thursday, December 3, 2009

SENTUHAN " USRAH "



Suatu masa..


" ya ukht, dah makan?".. jannah menggelengkan kepalanya lantas tersenyum mengungkap bicara " xpe dah biasa kan, lgpun kerja kita masih bertimbun ni,afdhalnya awlakan yg patut"..syifaa menatap lembut wajah sahabatnya," betul tu tapi kalau kite tak makan,kurang tenaga,lemah & kerja pun tak dapat diteruskan.badan kite pun ada haknya kan ukht? kite kerja sama2,makan sama2 dan lapar pun sama2 jugak"

Suatu ketika..


"Hm..agaknya kenape ye ada gerak kerja kita yg kurang memberangsangkan ya ukht?" semua diam terkelu.Nuriah berbicara lembut," sahabat2,ada masanya kita krg sedar lemahnya tarbiah diri, tapi berapi semangatnya untuk mentarbiah sahabat2,telus & jujur kita biarkan ketepi,berlapang dada kita kuburkan sedalamnya..apa lagi Ibadah diri..TAHAJUD berapa kali hendaknya..muhasabah utk kita bsama shbt lagi2 ana,hina sekali "...semua tertunduk menginsafi diri..


Suatu waktu..


" ana tak dapat buat kerja hari ni, sakit, badan pun letih ni". Asrar berbicara lembut," hm..jom kite bersukan,sihat badan,nak jadi pejuang,bukan sahaja kuat dalaman,luaran pun sama.ISLAM perlukan insan yg kuat kedua2nya,ALLAH lagi kasihkan hambaNYA yg kuat & sihat"


Suatu detik..


"Ukht,ana tak dpt teruskn smua ni,mak ayah perlukan ana,adik2 ana perlukan kakaknya,akademik ana turun naik prestasinya, shbt2 kita menuntut haknya..sakit,perit,tiada lagi kekuatan untuk mghadapinya". Hasanah menyentuh lembut tangan shbtnya," Enti yakin dgn AL-Quran kan? yakin dgn janji Allah kan? Rujuk kembali kitabNya yang Mulia,Allah sentiasa menjanjikan kebahagiaan untuk insan yg membantu di atas jalannya,pandang sekeliling sahabatku,ada lagi hak2 mereka yg belum lg kita laksanakn. bersedia bertemu Allah dgn amanah yg belum terlaksana?"


Suatu kenangan...


Kamu semua sanggup bergerak bersama?? "sanggup!!"
Kamu semua sanggup derita,dicaci bersama?? "sanggup!!"
Kamu semua sanggup..
Kamu semua..
Kamu.........jua kalimah terakhir meniti dibibir "sanggup!!"


Bermula semuanya kerna SENTUHAN USRAH itu..


* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bismillahirrahmanirrahim.Salam juang,salam sayang buat para sahabat yg ku cintai jua kasihi, yang amat beerti dalam hidupku, smuanya didasarkan kerana ALLAH semata-mata.biar rasa kasih kita Allah izinkan untuk kita masing-masing mrasai kemanisannya.syukran terlalu banyak kerana kalian telah ajari diri ini mengenal sedikit sebanyak erti manis pahit menjadi daie deen illAHI.moga Allah sentiasa THABATkan diri kita dalam perjuangan ini sehingga menjadikan kita PEJUANG ALLAH sebenarnya (^-^).Izinkan diriku berbahasa “aku “ kerana diri ini merasakannya lebih rapat & mudah untuk merungkaikan bait-bait bicara telus dari insan yang ku hormati sebagai guru dan ku kasihi sebagai seseorang yang bergelar Ayah. Al-ustaz..(^-^).Syukran ya Allah Engkau hadirkan mereka di sisi perjuangan hidup kami.ALHAMDULILLAH.

Beiringkan kedinginan yang menjengah & dengan tekad yang tinggi,ku gagahi untuk berhadapan dengan pemikiranku yang sekian lama berasak dengan pelbagai persoalan & kini ikhlasnya hatiku terlalu tertarik menggarap kembali sedikit ilmu milik ALLAH menjadi suatu simpulan yang sentiasa terpahat di hati kita yakni para pendaie untuk kita membawa’nya’ turun ke medan masyarakat.

“SURVIVAL ISLAM bukan sesuatu jangka masa yang pendek”



Ya,suatu bicara kata yang terlontar disebalik bicara seorang pendidik.tersentuh hatiku bila mana terfikir kembali, selama ini kami hanya mementingkn semua aktiviti mahupun kerja dilaksanakan dengan jayanya,sepenuhnya biarpun selesa dengan persiapan last minute.
“takpe2,tenang.Insyaallah Allah bantu kita”.bicara yang sering diriku tujukan buat shbt2 sekadar untuk menenangkan kembali keadaan yang sedikit kelam-kabut.,tapi diriku bermonolog sendiri “ sesungguhnya Pejuang Allah itu merupakan insan yang berstrategi sebelum menyerahkan segalanya pada Allah.bukan hanya bersungguh-sungguh merancang & gerak kerja terkebelakang.Astaghfirullah…” aku tersentak.

“YA IKHWAN Wa AKHAWAT,ISLam itu sistem yang teratur dan kuncinya SABAR”..ku gagahi menerobos maksud tersirat disebaliknya.terasa kesakitan dalam berfikir.Alhamdulillah, akhirnya dapat ku fahami dan aku berusaha simpulkan sendiri.ku cuba memberi ruang “USRaH” bermain di fikiranku.ya,suatu usaha yang bagus.

Kita sama-sama bermuhasabah kembali apa peranan kita di atas muka bumi ini.kalimah biasa yang sering terpacul pada bicara setiap insan(HAMBA & KHALIFAH)..pastinya di kalangan kita sudah serasi dengannya tapi Tanya pada hatimu wahai sahabat,setakat mana kita laksanakannya? Adakah kita benar2 tahu apa tugas insan di sebalik dua kalimah ini???

Thoyyib..sesungguhnya, di sebalik khalifah itu,ada tugas berat jua amanah yang perlu kita pikul.PIKUL DAKWAH & JIHAD.itulah jua matlamat Allah jadikan kita di sini, bukan sekadar menjadi Hamba meraih kasih & cinta suciNYA.ingatlah,tanpa khALIFAh,apa ada pada HAMBA,tanpa HAMBA,tanggungjawab KHALIFAH entah kemana, jauh dari syariat yang dilandaskan.Kedua-duanya saling bergantungan.kenape ye??

Jawapanku mudah,kerana hidup kita ‘ bersama’ Allah terlalu indah dan pastinya segala gerak kerja yang diamanahkn atas iringan REDHA Allah jua menjadikannya mudah dan lebih bahagia(^_^)

USRAH menjadi pilihan.sungguh melaluinya penghayatan islam dapat diaktifkan.setakat mana kebenarannya?? Kita cuba berfikiran terbuka, berpandangan jauh..suatu saat,pastinya ada yang jemu untuk mendengarnya.FObIA ke? Sahabat2ku,bukankah erti USRAH itu keluarga? Ada adik,abang,kakak,mak & ayah.JADI, ape mslh di sebaliknya.adakah salah kita di kampus menghadirkan kembali rasa kekeluargaan pada sahabat2 yang rata2nya jauh dari family sendiri.kadang2 kita sedia melontarkan kata JUMUD untuk insan2 yang sentiasa bergiat aktif dalam usrah jua aktiviti2 dakwah lain.kenapa perlu usrah dipersalahkan??kenapa dan kenapa.itulah manusia gemar mempertikaikan,tetapi liat untuk mencari jawapan persoalan.

Sampai kapan kita persoalkan,bila lagi kita melangkah untuk menyelesaikan??...asakkan pemikiranmu SAhAbAT2ku..

Hakikatnya USRAH itulah yang bisa menghimpunkan hati-hati kita,bsama2 merentas “GELOMBANG BADAI” yang kian mengganas,kini hingga suatu ketika nanti, dan di sini jualah jatuh kita sempat disambut. dibantu sahabat2.Namun,ingatlah sampai kapanpun nilaian USRAH itu takkan hidup pada jiwa insan bila mana kita masih tidak sedar hakikat seorang HAMBA HINA yang menginginkan untuk dipimpin PENCIPTANYA.
" ( Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan, selain perlindunganNYA adalah...) dua orang yang saling mencintai kerana Allah, saling berkumpul keranaNYA dan berpisah keranaNYA "
~al-hadith~

~mengharap keampunanMu ya RABB~

RAHSIA di sebalik HATI




Alhamdulillah, ku panjatkan setinggi2nya rasa syukur padaNYA,memberiku peluang menghias kembali laman pena ini..SUBHANALLAH
Langkahku kini ku teruskan jua walau pada hakikatnya sukar utk mencoret bait2 bicara manfaat untuk berkongsi bersama bukan ertinya menidakkan kemanfaatan apa yang telah dicoretkan sebelumnya hanya sekadar bermuhasabah diri, mengenang kembali kata-kata luhur seorang insani.


" Jika anda gian sangat untuk menulis, menulislah yang baik hingga ke lubang kubur; yang memberkati anda & kehidupan manusia" ~Ustaz Nik Abduh~

Insyaallah,setiap pena yang digerakkan untuk jalan dakwahNYA pasti diberkati...

Insyaallah entri kali ini diriku lebih gemar menyentuh perihal HATI, kerna ku ketahui HATI itu menjanjikan baik buruk kehidupan seorang insan, kerna jua hidup kita pada memberi,jika dimulai hanya dengan bicara tanpa tulus dari hati, hilang seri pada nasihatnya,dakwahnya,sekadar berkongsi..

Duhai HATI, DI MANA "KEDUDUKANMU?"
*Imam al-Ghazali berkata: " Setelah kita renungkan, maka akan kita dapatkan 5 keistimewaan"
1) Hati itu tempat menetapnya ilham,malaikat & syaitan. Sungguh di sana malaikat & syaitan masing2 membisikan ajakannya

2) Hati itu tempatnya banyak kesibukan. Padanya akal & nafsu berada di dalamnya.Maka hati itulah menjadi tunjang peperangan akal & nafsu.

3) Hati itu di dalamnya terdapat banyak kekusutan, spt halnya air hujan, yg tiada henti2nya, siang & malam dan manusia tdk dpt menahan & menghindarkannya. Berlainan dgn mata & telinga. Sedangkan mata bila dipejamkan, atau jika berada di tempat yg gelap, maka tidak dapat melihat sesuatu.
4) Hati itu sangat sukar untuk mengubatinya; kerna hati sukar untuk disentuh dengan pancaindera & kdg2nya sukar jua untuk kita menyedari bahawa pelbagai penyakit telah menjangkitinya ( penyakit hati)

5) Hati itu padanya penyakit sangat mudah menjalar memasukinya. Hati itu mudah bergolak, bahkan lebih cepat drp bergolaknya air panas yang dijerang

~Serendah-rendah penyakit hati ialah hati yang keras, iaitu hati yang tidak menerima nasihat sdgkn bahayanya yg paling besar adalah kufur~



Firman Allah, mafhumnya :

"..maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya.." ( surah As-Syams)





*muhasabah bersama: "Tanyalah pada diri, apakah kita termasuk dalam golongan yang suci jiwanya atau sebaliknya? golongan yang beruntung atau jua sebaliknya?"



Tuesday, December 1, 2009

Ku serahkan HATI ini padaNYA..

Subhanallah,terlalu indah percaturan hidup yg ALLAH telah aturkan..hanya itu yg mmpu terungkap dari bibit bicara tulus hati ini...

ALHAMDULILLAH,baru sebentar td,aku mluangkn msa bkumpul bsama sohabahku yg ku kasihi,dayah,murni,shirat & yah..msa yg amat aku sukai,berkumpul bsama,makan bsama & bbncg bsama.andai selalunya pd kbiasaan kita msa bginilah ssuai utk bborak kosong,tdk pula bagi diriku..inilah peluang yg benar2 bguna utk kami,,brbncg,merenung & mrncg masa depan,mcari penyelesaian jua cara mendepani cabaran besar yg sntiasa menanti..luahan kerinduan jua ku selitkan tuk shbtku yg amat dirindui YATI & CT yg kini tlalu cbuk mgikuti tamrin DEBAT BA d UMKL.iringan doa ketenangan & kesejahteraan utk mereka berdua..amiin
Berbalik kpd HALAQAH rutin td, petang ini kami bahagia dgn celoteh si adik2 kami,shirat & yah,msg2 mnnjukkn fi'ilnya..mgkin jua dsebabkn tlh bkurun bsama,,tiada malu utk kami brkongsi rasa..kisah-kisah khdpn,ketelusan,kejujuran,kami pateri bersama agar ukhuwah yg terbina sntsa suci drp mslh yg spatutnya...

ALLAHUAKBAR,kkuasaanNYA meletakkn kami bsama2 dlm JalanNYA...
seronok skali bila kuamati tawa & senyum dr shbtku..kerna apa ya? ada topik khusus yg dbualkan..persis soalannya begini.." mcm mananya agaknya kte nnti lau dh bpisah,msg2 dgn khdpn sndiri? mshkah ada lg ruang sbegini??" aku psti skali para pmbaca akan mganggapnya suatu psoalan yg agak enteng(mudah),tp tdk bagiku..kerna itu suatu yg amat berat utk ku jejaki jwpnnya..& aku lbh suka tuk bdiam diri,,,hakikatnya bdebar n resah mnanti hari yg dmaksudkn..

" Wallahualam,sukar utk kita tentukan & katakn"..jwpn tulus jua drp shbtku..bicaranya kdengaran bsmbg lagi." Antara dua,bila kita dah meniti rumah tangga,bgantung pd diri tuk aktif bergiat dgn dakwahnya(tugas kita sbgai hamba & khalifah) atau jua sebaliknya"..aku memberanikan diri utk bbicara seketika..."Insyaallah,kita doakan ALLAH hadirkan insan yg benar2 faham tentang diri & TANGGUNGJAWAB sebenar kita"...

Seusai saja halaqah kecil ditangguhkn,kakiku melangkah keluar dgn akal yg ligat berfikir,MASYAALLAH..buat kesekian kalinya ku menyedari tanggungjawab yg berat d bahu ini apalagi suatu hari yg pstinya akn "bertmbh berat" lagi..

Hatiku kembali tenang,bahagia bila terasa hidup ini kita penuhi dgn ingatan kepada PENCIPTA kita,plg ku sukai & rindui bila dahi ku ku biarkan tersentuh dek lantai,pasir, tnh atau yg spatutnya..di sana ku sedar betapa hina diri, yg dcipta oleh PENCIPTANYA..kerna itu aku gemar utk bermonolog pada diri.."HATIKU adalah utk DIA,yg mjdikan aku di dunia ini..."
kerna padanya ku kenal diri & tgjwb yg dpikul slama ini...renungan bersama utk kita hayati...

YA ALLAH
duhai pemilik nyawaku
ku berserah diri padaMU......
Sejenak ku memikir & terfikir
ada lagi HAK-MU yg belum ku laksanakn
ada lagi pergorbanan yg masih bersisa utk ISLAM dan Perjuangan
ada lagi pgharapan pertolongan drp shbt2 yg belum ku hulurkan
ada lagi tggjwb ku utk mjaga memimpin keluarga ku. .yg trtinggal
ada lagi hak guru2ku yg belum ku laksanakan..
ada lagi..ada lagi.. ada lagi...
sampai kapan pun pastinya ada lagi
kerna itu hidup yg mesti kita berani tuk mendepani
kerna itu jualah ku lebih bahagia menyerahkan hati ini
pada ILLAHI
kerna ku tahu dia lebih mengerti
DIA MAHA MENDENGAR apa sahaja yg ku rintihkan
DIA MAHA MENGETAHUI apa saja yg tsurat lagi trsirat
di hati ini..
dan padaNYA ku lebih bahagia & tenang tuk mengadu...
SUBHANALLAH,ENGKAU MAHA SUCI ya ALLAH
siapalah insan ini yg sntiasa dkotori hatinya dgn dosa2 yg mgunung tinggi
MOHON petunjuk darimu..
MOHON engkau sentuh jiwaku dengan CINTAMU..

Sunday, November 1, 2009

INDAHNYA di Sebalik Wasiat Itu..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang Maha Mendengar keluhan jua rintihan HAMBA2NYA...

Episod ke-2,ku susuri gerak lgkh juangku bersama coretan pena ini..Sungguh seronok rasanya mluangkn masa utk menerokai isi tersurat jua trsirat dlm kitab kecil yg ku baca sebentar tadi "Wasiat Nabi S.A.W kepada insan yg khusus ya'ni sepupu,menantu,ketua panglima perang & khalifah baginda JUGA insan yg ditarbiah oleh baginda dari kecil lagi- Saidina Ali bin AbiTalib-.Ssghnya aku begitu gemar mgikuti sendiri sorotn khdpn Saidina Ali Bin Abi Talib bersama Fatimah Az-Zahra,puteri baginda Rasulullah yg benar-benar dikasihi.

Berbalik smula perihal WASIAT tadi ingin ku kongsikan bersama dengan menyentuh sedikit sebanyak tentangnya:

WASIAT ke-5

Wahai Ali! Sesiapa yang membaca Al-Quran padahal dia tidak menghalalkan yang halal dan tidak mengharamkan yang haram,ia termasuk di kalangan orang yang membuang kitab Allah di belakang mereka.

WASIAT ke-11

Wahai Ali! Sembahyanglah kamu di waktu malam walaupun sekadar memerah susu kambing,kerana orang yang sembahyang malam itu wajahnya adalah sebaik-baik wajah di kalangan manusia.

WASIAT ke-30
Wahai Ali! Bekerjalah dengan tulus ikhlas semata-mata kerana Allah.Sesungguhnya Allah tidak menerima melainkan daripada orang yang lurus hati kepadaNya.Firman Allah yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia beramal dengan amalan soleh dan tidak mensyirikkan dalam ibadah terhadap Tuhannya oleh seseorang pun"

WASIAT ke-41

Wahai Ali! Apabila berlalu ke atas seorang mukmin empat puluh pagi sedangkan dia tidak duduk bersama-sama ulama',nescaya keraslah dan dia berani untuk melakukan dosa besar kerana sesungguhnya ilmu itu menghidupkan hati.

Alhamdulillah,setelah usai sahabat2 membacanya(ya mungkin hbs bacaannya@ sblknya barangkali(^^),kita renung sejenak,muhasabah kembali;HINA atau sebaliknya kita di sisi ILLAHI,di mana selama ini kita letakkan hakikat muslim yang sebenarnya pada diri???

-Aku mengharapkan pertemuan yang bahagia denganMU ya RABBI-

Wednesday, October 28, 2009

" DERITA.. CABARAN : Jalan Juang Insani "

Alhamdulillah,ku panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya untuk DIA,yang MAHA mengetahui setiap bicara tulus mahupun nista di lubuk hati insan-insan hina bernama HAMBA.

Mengiringi episod awal dlm dakwah maya ini,ku ingin kita sama-sama hayati,langkah hidup
yang telah lama kita susun & ikuti.mungkin ada rahsia di sebalik perjalanan itu,yang memungkinkan diri kita untuk bertemu CAHAYA ILLAHI.andai rahsianya penuh sengsara,Insyaallah bahagia yang bakal menjelma.Andai sebaliknya,kita patut bersyukur tapi mungkin jua kenikmatan itu melalaikn kita.kenapa ya? LUMRAH INSAN,kesenangan itu membuatkan kita alpa,mungkin pada segala-galanya.derita pula bagaimana??

Andai duri itu tertusuk di tangan kita,sakit tika merasainya,bila dicabut meninggalkn kesan yg lama untuk menanti kesembuhannya.Fahami bersama,hidup bersama derita itu menjanjikan kekuatan dalam diri kita.Apalagi bila derita itu menjadi tunjang pentarbiah JIWA kita yang sentiasa memburu kasihNYA,gersang dalam mencari penawarnya.

Pastinya teman derita itu IKHLAS & SABAR.Shbtku,SABAR itu terlalu indah kerna dengan sabar kita membenihkn rasa REDHA untukNYA,suatu yang agak payah jika tiada IKHLAS yg mengiringi.Ayuh,sama-samalah menyeru kepada " hati",ikut resmi alam, tumbuh nan menghijau, terlihat sakit bila ditimpa hujan,tika Hujan berhenti tumbuhannya tumbuh mekar menghiasi laman alam.Kita jua bisa begitu, dihujani derita juang acap kali,dengannya kita terus mekar menyemarakkan perjuangan DEEN ILLAHI.
 

"Cahaya di Bawah Cahaya" Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa