Suatu masa..
" ya ukht, dah makan?".. jannah menggelengkan kepalanya lantas tersenyum mengungkap bicara " xpe dah biasa kan, lgpun kerja kita masih bertimbun ni,afdhalnya awlakan yg patut"..syifaa menatap lembut wajah sahabatnya," betul tu tapi kalau kite tak makan,kurang tenaga,lemah & kerja pun tak dapat diteruskan.badan kite pun ada haknya kan ukht? kite kerja sama2,makan sama2 dan lapar pun sama2 jugak"
Suatu ketika..
"Hm..agaknya kenape ye ada gerak kerja kita yg kurang memberangsangkan ya ukht?" semua diam terkelu.Nuriah berbicara lembut," sahabat2,ada masanya kita krg sedar lemahnya tarbiah diri, tapi berapi semangatnya untuk mentarbiah sahabat2,telus & jujur kita biarkan ketepi,berlapang dada kita kuburkan sedalamnya..apa lagi Ibadah diri..TAHAJUD berapa kali hendaknya..muhasabah utk kita bsama shbt lagi2 ana,hina sekali "...semua tertunduk menginsafi diri..
Suatu waktu..
" ana tak dapat buat kerja hari ni, sakit, badan pun letih ni". Asrar berbicara lembut," hm..jom kite bersukan,sihat badan,nak jadi pejuang,bukan sahaja kuat dalaman,luaran pun sama.ISLAM perlukan insan yg kuat kedua2nya,ALLAH lagi kasihkan hambaNYA yg kuat & sihat"
Suatu detik..
"Ukht,ana tak dpt teruskn smua ni,mak ayah perlukan ana,adik2 ana perlukan kakaknya,akademik ana turun naik prestasinya, shbt2 kita menuntut haknya..sakit,perit,tiada lagi kekuatan untuk mghadapinya". Hasanah menyentuh lembut tangan shbtnya," Enti yakin dgn AL-Quran kan? yakin dgn janji Allah kan? Rujuk kembali kitabNya yang Mulia,Allah sentiasa menjanjikan kebahagiaan untuk insan yg membantu di atas jalannya,pandang sekeliling sahabatku,ada lagi hak2 mereka yg belum lg kita laksanakn. bersedia bertemu Allah dgn amanah yg belum terlaksana?"
Suatu kenangan...
Kamu semua sanggup bergerak bersama?? "sanggup!!"
Kamu semua sanggup derita,dicaci bersama?? "sanggup!!"
Kamu semua sanggup..
Kamu semua..
Kamu.........jua kalimah terakhir meniti dibibir "sanggup!!"
Bermula semuanya kerna SENTUHAN USRAH itu..
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Bismillahirrahmanirrahim.Salam juang,salam sayang buat para sahabat yg ku cintai jua kasihi, yang amat beerti dalam hidupku, smuanya didasarkan kerana ALLAH semata-mata.biar rasa kasih kita Allah izinkan untuk kita masing-masing mrasai kemanisannya.syukran terlalu banyak kerana kalian telah ajari diri ini mengenal sedikit sebanyak erti manis pahit menjadi daie deen illAHI.moga Allah sentiasa THABATkan diri kita dalam perjuangan ini sehingga menjadikan kita PEJUANG ALLAH sebenarnya (^-^).Izinkan diriku berbahasa “aku “ kerana diri ini merasakannya lebih rapat & mudah untuk merungkaikan bait-bait bicara telus dari insan yang ku hormati sebagai guru dan ku kasihi sebagai seseorang yang bergelar Ayah. Al-ustaz..(^-^).Syukran ya Allah Engkau hadirkan mereka di sisi perjuangan hidup kami.ALHAMDULILLAH.
Beiringkan kedinginan yang menjengah & dengan tekad yang tinggi,ku gagahi untuk berhadapan dengan pemikiranku yang sekian lama berasak dengan pelbagai persoalan & kini ikhlasnya hatiku terlalu tertarik menggarap kembali sedikit ilmu milik ALLAH menjadi suatu simpulan yang sentiasa terpahat di hati kita yakni para pendaie untuk kita membawa’nya’ turun ke medan masyarakat.
“SURVIVAL ISLAM bukan sesuatu jangka masa yang pendek”
Ya,suatu bicara kata yang terlontar disebalik bicara seorang pendidik.tersentuh hatiku bila mana terfikir kembali, selama ini kami hanya mementingkn semua aktiviti mahupun kerja dilaksanakan dengan jayanya,sepenuhnya biarpun selesa dengan persiapan last minute.
“takpe2,tenang.Insyaallah Allah bantu kita”.bicara yang sering diriku tujukan buat shbt2 sekadar untuk menenangkan kembali keadaan yang sedikit kelam-kabut.,tapi diriku bermonolog sendiri “ sesungguhnya Pejuang Allah itu merupakan insan yang berstrategi sebelum menyerahkan segalanya pada Allah.bukan hanya bersungguh-sungguh merancang & gerak kerja terkebelakang.Astaghfirullah…” aku tersentak.
“YA IKHWAN Wa AKHAWAT,ISLam itu sistem yang teratur dan kuncinya SABAR”..ku gagahi menerobos maksud tersirat disebaliknya.terasa kesakitan dalam berfikir.Alhamdulillah, akhirnya dapat ku fahami dan aku berusaha simpulkan sendiri.ku cuba memberi ruang “USRaH” bermain di fikiranku.ya,suatu usaha yang bagus.
Kita sama-sama bermuhasabah kembali apa peranan kita di atas muka bumi ini.kalimah biasa yang sering terpacul pada bicara setiap insan(HAMBA & KHALIFAH)..pastinya di kalangan kita sudah serasi dengannya tapi Tanya pada hatimu wahai sahabat,setakat mana kita laksanakannya? Adakah kita benar2 tahu apa tugas insan di sebalik dua kalimah ini???
Thoyyib..sesungguhnya, di sebalik khalifah itu,ada tugas berat jua amanah yang perlu kita pikul.PIKUL DAKWAH & JIHAD.itulah jua matlamat Allah jadikan kita di sini, bukan sekadar menjadi Hamba meraih kasih & cinta suciNYA.ingatlah,tanpa khALIFAh,apa ada pada HAMBA,tanpa HAMBA,tanggungjawab KHALIFAH entah kemana, jauh dari syariat yang dilandaskan.Kedua-duanya saling bergantungan.kenape ye??
Jawapanku mudah,kerana hidup kita ‘ bersama’ Allah terlalu indah dan pastinya segala gerak kerja yang diamanahkn atas iringan REDHA Allah jua menjadikannya mudah dan lebih bahagia(^_^)
USRAH menjadi pilihan.sungguh melaluinya penghayatan islam dapat diaktifkan.setakat mana kebenarannya?? Kita cuba berfikiran terbuka, berpandangan jauh..suatu saat,pastinya ada yang jemu untuk mendengarnya.FObIA ke? Sahabat2ku,bukankah erti USRAH itu keluarga? Ada adik,abang,kakak,mak & ayah.JADI, ape mslh di sebaliknya.adakah salah kita di kampus menghadirkan kembali rasa kekeluargaan pada sahabat2 yang rata2nya jauh dari family sendiri.kadang2 kita sedia melontarkan kata JUMUD untuk insan2 yang sentiasa bergiat aktif dalam usrah jua aktiviti2 dakwah lain.kenapa perlu usrah dipersalahkan??kenapa dan kenapa.itulah manusia gemar mempertikaikan,tetapi liat untuk mencari jawapan persoalan.
Sampai kapan kita persoalkan,bila lagi kita melangkah untuk menyelesaikan??...asakkan pemikiranmu SAhAbAT2ku..
Hakikatnya USRAH itulah yang bisa menghimpunkan hati-hati kita,bsama2 merentas “GELOMBANG BADAI” yang kian mengganas,kini hingga suatu ketika nanti, dan di sini jualah jatuh kita sempat disambut. dibantu sahabat2.Namun,ingatlah sampai kapanpun nilaian USRAH itu takkan hidup pada jiwa insan bila mana kita masih tidak sedar hakikat seorang HAMBA HINA yang menginginkan untuk dipimpin PENCIPTANYA.
" ( Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan, selain perlindunganNYA adalah...) dua orang yang saling mencintai kerana Allah, saling berkumpul keranaNYA dan berpisah keranaNYA "
~al-hadith~
~mengharap keampunanMu ya RABB~
1 comments:
kuasa usrah telah merubah jiwa kejam umar pada didikan islam dan meluruskan perjuangan hingga tertegak negara islam pertama..usrah xkan berjaya andai tiada keikhlasan dari naqib..
Post a Comment